(1) Keahlian Pertubuhan adalah seperti berikut:
A. AHLI BIASA
(i) Kewarganegaraan: Warganegara Malaysia
(ii) Umur Minima: 18 tahun
(iii)Tempat Tinggal: Malaysia
(iv) Keturunan: Semua
(v) Jantina: Lelaki Dan Perempuan
(vi) Agama: Semua
(vii) Kriteria Keahlian Yang Lain: YANG BERMINAT DALAM
AKTIVITI KEMASYARAKATAN.
B. AHLI SEUMUR HIDUP
Terbuka kepada Ahli Biasa yang membayar yuran sepenuhnya sebanyak RM20.00 (Ringgit Malaysia : Dua Puluh sahaja)
(2) Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadang dan disokong oleh 2 orang ahli dan dihantar kepada Setiausaha Negeri tempatan yang hendaklah mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa Negeri untuk diluluskan. Jawatankuasa Negeri boleh, mengikut budibicaranya, menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya. Permohonan menjadi ahli bagi tempat di mana Negeri belum ditubuhkan, hendaklah diuruskan mengikut kaedah itu juga oleh Setiausaha Agung dan Jawatankuasa Pusat.
(3) Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti tersebut di atas hendaklah, menjelaskan bayaran pendaftaran yuran keahlian